
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ingin mengingatkan orang ramai bahawa tong sampah awam yang disediakan hanyalah untuk sisa domestik harian dan tidak dibenarkan digunakan untuk membuang:
* Sisa perniagaan
* Sisa bahan binaan, sisa kebun & perabot usang
* Sisa elektrik dan elektronik
* Sisa berjadual seperti bahan kimia
Kesalahan membuang sisa pukal di tong sampah awam boleh dikenakan denda sehingga RM2,000.00 termasuk kesalahan menyelongkar tong sampah.
Bagi pelupusan sisa pukal, orang ramai disarankan menggunakan kaedah yang disediakan seperti perkhidmatan tong RoRo atau perkhidmatan kutipan sisa pukal oleh MBKT.
Untuk sewaan tong RoRo dan perkhidmatan kutipan sampah, sila berhubung dengan:
Bahagian Kesihatan dan Kebersihan, Tingkat 20, Menara MBKT
09-612 1539 / 1544 / 1536
Marilah kita bersama-sama memastikan bandar raya Kuala Terengganu sentiasa bersih dan selesa untuk semua.
Elakkan denda, buang sampah dengan kaedah yang betul.

