MENU
 

Satu taklimat mengenai penambahbaikan kiosk berniaga kepada peniaga-peniaga di sepanjang Jalan Permint Jaya, Chendering telah diadakan dalam Program Town Hall Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Bersama Peniaga-Peniaga Sepanjang Jalan Permint Jaya, Chendering pada 4 September 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat aras 6, Menara MBKT.

YBhg. Dato' Jusman bin Ibrahim, Datuk Bandar MBKT telah menyampaikan ucapan aluan-aluan menyantuni para peniaga tersebut dan taklimat disampaikan oleh Ts. Encik Muhammad Syawal Sofiyan bin Mat Amin, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBKT.

Seramai 40 orang peniaga menghadiri program berkenaan. Turut hadir adalah Ahli- Ahli Majlis dan wakil-wakil Jabatan.

PROGRAM TOWNHALL MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

[ GALERI FOTO ]