
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan amat berbesar hati menerima kedatangan YBhg. Tuan Haji Lizan bin Che Mat, Datuk Bandar yang baharu berkuatkuasa pada 1 Februari 2026.
Ketibaan Datuk Bandar di lobi Menara MBKT disambut oleh Tuan Setiausaha,Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai MBKT.
Selesai melakukan acara pemeriksaan baris, beliau terus dibawa ke Pejabat Datuk Bandar untuk ' clock in' permulaan tugas sebagai Datuk Bandar di MBKT.
Majlis perjumpaan Datuk Bandar bersama Tuan Setiausaha serta Pengarah-Pengarah diadakan di Bilik Mesyuarat aras 28, Menara MBKT.
Seluruh warga kerja mengucapkan selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai Datuk Bandar MBKT.
[ GALERI FOTO ]

