MENU
 

Pada 21 Mei 2024 telah berlangsungnya Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Pangsapuri perkhidmatan 30 Tingkat yang diberi nama Qubaz Suites @ Kuala Terengganu bertempat di Kampung Tiong, Kuala Terengganu.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB. Dato' Hj. Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu mewakili YAB. Menteri Besar Terengganu.

Kerajaan Negeri melalui MBKT telah melantik kumpulan EXSIM sebagai pemaju bagi membangunkan projek tersebut di atas tanah berkeluasan 5,868 m² dengan tempoh pembinaan selama 48 bulan. Pelaburan projek tersebut melibatkan Nilai Pembangunan Kasar(GDV) berjumlah RM278,121,162.00.

Objektif pelaksanaan projek tersebut adalah :

*untuk menggerakkan ekonomi bandar melalui sektor pelancongan berdasarkan lokasi yang strategik di tengah-tengah pusat bandar Kuala Terengganu dengan pelbagai fasiliti dan tempat-tempat tumpuan pelancong dengan harapan agar ia mampu menjadi game changer untuk pembangunan high rise di bandar Kuala Terengganu.

*untuk meningkatkan jumlah pegangan hartanah Bumiputera di dalam bandar kerana syarat Kerajaan Negeri meletakkan 70% kuota Bumiputera daripada jumlah unit yang dibina. Pelaksanaan projek yang berkonsepkan Airbnb akan menjana passive income kepada pembeli dan meningkatkan pendapatan Bumiputera.

*untuk meningkatkan pendapatan MBKT dengan penambahan sebanyak RM1 juta setahun melalui cukai pintu, bayaran lesen dan bayaran-bayaran per unit. Peningkatan pendapatan itu akan membolehkan MBKT memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

Projek tersebut menawarkan 3 pilihan jenis rumah iaitu:

* studio dengan keluasan 388 kaki² sebanyak 184 unit.

* 2 bilik dengan keluasan 506 kaki² sebanyak 552 unit.

* 3 bilik dengan keluasan 753 kaki² sebanyak 23 unit.

menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 759 unit dengan harga jualan bermula dari RM379,500 sehinggaRM720,100 seunit.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBM. Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YBhg. Datuk Bandar, barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Majlis MBKT, pengurusan kumpulan EXSIM, pegawai-pegawai serta kakitangan MBKT.

Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Pangsapuri Perkhidmatan 30 Tingkat Di Bandar Kuala Terengganu (Qubaz Suites@ Kuala Terengganu)

 

[ FOTO GALERI ]