MENU
 

Tuan Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan serta seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ( MBKT) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di Majlis Angkat Sumpah Pengakuan Menerima Jawatan YBhg. Tuan Hj. Lizan bin Che Mat sebagai Datuk Bandar MBKT.

Majlis yang disaksikan oleh YAB.Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, YB. Dato' Hj. Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu serta Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Aras 2, Wisma Darul Iman.

MAJLIS ANGKAT SUMPAH PENGAKUAN MENERIMA JAWATAN DATUK BANDAR MBKT
[ GALERI FOTO ]