MENU
 

YB. Dato' Hj. Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Promenade Muara Kuala Terengganu City Centre (KTCC) sepanjang 250-400 meter di pesisir muara sungai, iaitu dari Shahbandar ke Menara MBKT.

Pembangunan Promenade Muara KTCC tersebut dijangka bakal menjadi pusat tarikan riadah awam yang merangkumi laluan pejalan kaki, laluan basikal, tandas awam, pintu gerbang serta kemudahan landskap moden.

Turut mengiringi YB. Setiausaha Kerajaan Terengganu adalah YBhg. Dato' Hj. Rosli bin Latif, Timbalan Setiausaha Kerajaan ( Pembangunan) dan YBhg. Tuan Hj. Lizan bin Che Mat, Datuk Bandar MBKT.

LAWATAN KERJA YB SUK KE PROJEK KTCC

[ GALERI FOTO ]