Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ( MBKT) telah menerima lawatan benchmark dari Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Jabatan Tenaga Manusia, Batu Pahat, Johor seramai 8 orang tenaga pengajar pada 14 Julai 2025.
Lawatan tersebut bertempat di Jabatan Kawalan Bangunan, aras 13, Menara MBKT.
Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat serta berkongsi idea berkaitan sistem solar yang telah dipasang di MBKT. Ini kerana ADTEC telah dipilih untuk pemasangan sistem solar bagi kelestarian tenaga hijau selari dengan hasrat Kerajaan bagi penggunaan tenaga mesra alam.
[ GALERI FOTO ]