YBrs. Encik Mohd Sabri bin Abas, Setiausaha mewakili Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kempen Pasar Awam Bersih dan Kawalan Infestasi Lalat Peringkat Negeri Terengganu Di Pasar Bukit Besar, Kuala Terengganu pada 1 Julai 2026.
Antara ucapan beliau ialah menyeru para peniaga agar bersama-sama menjaga kebersihan agar dapat menghindari lalat, lipas serta tikus yang kotor dan membawa penyakit berjangkit.
Selesai gimik perasmian dan pelancaran kempen, diadakan sesi bergambar dan lawatan tapak di Pasar Bukit Besar, Kuala Terengganu.
Hadir sama adalah YBhg. Tuan Hj. Wan Mokhtar @ Moxtor bin Wan Kadir, Ketua WHIP Ahli Majlis MBKT, Puan Nor Nadia Zahira binti Zakaria, Pengarah Kanan Khidmat Pengurusan MBKT, Ahli- Ahli Majlis, pegawai- pegawai serta kakitangan MBKT.

[ GALERI FOTO ]

