YBhg. Dato' Jusman bin Ibrahim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ( MBKT) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival BSN Mikro Madani Zon Pantai Timur di Laman Payang, Pasar Payang 1, Kuala Terengganu pada 12 Jun 2025.
Karnival tersebut berlangsung selama 3 hari dari 12-14 Jun 2025 di Laman Payang, Pasar Payang 1 dan Kawasan Menara Jam, Pasar Payang.
Turut hadir adalah Encik Jay Khairi Jeremy bin Abdullah, Ketua Eksekutif BSN, Encik Mujibburrahman bin Abdul Rashid, Timbalan Ketua Eksekutif BSN dan Prof. Madya Dr. Kamaruzzaman bin Noordin, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah BSN.
[ GALERI FOTO ]