MENU
 

Pada 18 April 2023 (Selasa), Kelab Sukan Dan Kebajikan MBKT (KESUMBA) telah mengadakan program penyerahan duit raya dan bubur lambuk kepada semua ahli KESUMBA melalui serahan kepada semua ketua jabatan / bahagian / unit MBKT. 

Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Bandar MBKT, Haji Rosli bin Latif selaku penaung kepada Kelab Sukan Dan Kebajikan MBKT (KESUMBA).

KESUMBA berharap dengan sumbangan ini dapat membantu serba sedikit kepada ahli-ahli KESUMBA bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.

Salam tulus ikhlas daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan barisan AJK Kelab Sukan Dan Kebajikan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (KESUMBA). 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN DUIT RAYA DAN BUBUR LAMBUK KEPADA AHLI-AHLI KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN, MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU (KESUMBA)

[ GALERI FOTO ]