MENU
 

Majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan asnaf daripada pertubuhan anak yatim Baitul Sakinah dan Madrasah Tarbiyah Islamiah Darul Hijra telah diadakan pada 16 April 2023 bertempat di ruang legar, Tingkat 6, Menara MBKT. 

Seramai 40 orang anak yatim dan asnaf yang terlibat pada majlis berbuka puasa ini. Turut sama hadir En.Mohd Sukeri bin Ibrahim, Setiausaha Bandaraya, En. Wan Muhd Masyhum bin Wan Harujan, Timbalan Pengarah (Makro) Unit Perancangan Ekonomi Negeri Terengganu,Ahli-Ahli Majlis dan pegawai-pegawai MBKT.

Terima kasih kepada Kasut U dan Koperasi Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (KOSMAT) Berhad kerana turut memberi sumbangan dalam program ini. 

Semoga dengan pemberian sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri  yang akan tiba.

MAJLIS BERBUKA PUASA DATUK BANDAR MBKT BERSAMA ANAK YATIM DAN ASNAF 1444H /2023M

[ GALERI FOTO ]