MENU
 

Majlis makan malam Datuk Bandar MBKT bersama NGO kebersihan  telah diadakan di Menara MBKT pada 19 Mac 2023. Program seumpama ini pertama kali diadakan sebagai tanda ucapan terima kasih MBKT kepada NGO kebersihan yang bergerak aktif dalam usaha membantu pihak MBKT dalam melaksanakan kerja-kerja kebersihan bandar raya terutama sepanjang pesisir pantai.

Enam ( 6 ) NGO kebersihan disantuni pada majlis makan malam tersebut yang terdiri daripada Geng Plastik Ija, Green Ranger UMT, KT-Care, T-Volt, Trash Hero dan Persatuan Taska dan Tadika Negeri Terengganu yang memberi komitmen untuk hadir pada majlis makan malam ini.

Tidak dinafikan masih banyak lagi NGO kebersihan yang bergerak aktif dalam membantu menceriakan dan mengindahkan bandar raya ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua NGO kebersihan yang sentiasa mengerah keringat bagi memastikan bandar raya ini sentiasa bersih.

MAKAN MALAM DATUK BANDAR MBKT BERSAMA PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) KEBERSIHAN

[ GALERI FOTO ]