MENU
 

Majlis Amanat Datuk Bandar Bersama Pegawai Dan Kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah berlangsung pada 19 Januari 2023 di Dewan Auditorium Menara MBKT. 

Pada majlis tersebut diadakan beberapa acara iaitu bacaan Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972, Ikrar Bebas Rasuah, penyampaian sijil penghargaan kepada 47 orang pesara yang telah bersara pada tahun 2022, penyampaian cenderahati kepada Pegawai Tadbir Negeri yang bertukar dan penghargaan kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) MBKT iaitu kumpulan PLOT2035. 

Turut diadakan gimik pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi MBKT, dan juga penyerahan bendera MBKT kepada ketua kontijen sukan MBKT yang akan menyertai Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA).

Moga segala amanat yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Bandar dijadikan suntikan semangat kepada warga kerja MBKT.

[ GALERI FOTO ]