MENU
 

Kejohanan Futsal MAKSAK Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung pada 6 hingga 8 Oktober telah berakhir semalam. Sebanyak 46 pasukan dari semua jabatan kerajaan mengambil bahagian. 

Pasukan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah berjaya merangkul kejuaraan setelah menewaskan pasukan Majlis Perbandaran Kemaman dalam perlawanan akhir. Kehebatan MBKT lebih terserlah apabila pemain terbaik turut dimenangi oleh pemain MBKT, Syed Shahrul Niezam bin Syed Abd Rahim.

Lebih manis apabila perlawanan disaksikan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Datuk Bandar MBKT, Tuan Haji Rosli bin Latif, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif dan Setiausaha MBKT En.Mohd Sukeri bin Ibrahim.

Tahniah MBKT !!

KEJOHANAN FUTSAL LELAKI DAN WANITA MAKSAK NEGERI TERENGGANU 2022

[ GALERI FOTO ]