MENU
 

Sesi Town Hall bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah berlangsung pada 29 September 2022 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Terengganu. Town hall ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai MBKT, pegawai dari Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, peniaga KT Walk, peniaga Pulau Warisan, peniaga dan komuniti Kampung Cina, Kuala Terengganu. 

Tujuan town hall ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklum balas penduduk dan peniaga setempat berkaitan KT Walk di Pesisir Payang dan sebahagian Jalan Bandar, Kuala Terengganu.

Justifikasi cadangan pemindahan KT Walk ini adalah untuk menghidupkan aktiviti perniagaan tidak formal di sekitar Pasar Kedai Payang dan muara Sungai Terengganu pada waktu malam selaras dengan tagline MBKT iaitu Bandaraya Warisan Pesisir Air.

Selain daripada untuk mempromosi agenda car free day dan  meningkatkan taraf ekonomi penduduk, diharap cadangan ini dapat meningkatkan imej KT Walk sebagai ikon pelancongan Terengganu yang berasaskan warisan tempatan.

SESI TOWN HALL BERSAMA DATUK BANDAR BAGI CADANGAN PERPINDAHAN KT WALK

[ Galeri Foto ]