MENU
 

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berbesar hati menerima lawatan kerja YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), ke Tapak Pelupusan Sampah Sungai Ikan bagi meninjau operasi tapak pelupusan serta loji rawatan air larut resap yang dikendalikan oleh MBKT.

Lawatan ini memberi ruang kepada MBKT untuk membentangkan status semasa pengoperasian kemudahan tersebut, di samping membincangkan keperluan menaik taraf infrastruktur sedia ada bagi memperkukuhkan sistem pengurusan air larut resap agar terus beroperasi dengan lebih cekap, mampan dan mematuhi piawaian alam sekitar.

MBKT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada KPKT serta Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) atas komitmen dan sokongan berterusan dalam memastikan pengurusan sisa pepejal di Kuala Terengganu dapat dipertingkatkan demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Ir. Ts. Gs. Dr. Mohd Azhar bin Abd Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN); YBhg. Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT); YBhg. Dato’ Haji Rosli bin Latif, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Terengganu; YBhg. Tuan Haji Lizan bin Che Mat, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu; wakil Kerajaan Negeri Terengganu serta ketua-ketua jabatan daripada agensi berkaitan.

LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT) KE TAPAK PELUPUSAN SAMPAH SUNGAI IKAN

[ GALERI FOTO ]