Bandaraya Kuala Terengganu antara yang mendapat Anugerah Bandar Paling Bahagia Tahun 2026 selain Bandar Marang dan Bandar Permaisuri.
Anugerah tersebut dinilai berdasarkan beberapa kriteria seperti tahap kesejahteraan hidup masyarakat serta pengalaman sebenar penduduk terhadap bandar yang dihuni dari aspek fizikal, sosial, emosi dan spiritual.
Kerajaan Negeri Terengganu telah menyalurkan insentif khas sebanyak RM20,000 kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu,, Majlis Daerah Marang dan Majlis Daerah Setiu di atas pencapaian anugerah tersebut.
Pemberian insentif berkenaan disampaikan oleh YB. Dato' Hj. Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu pada 22 April 2026 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

[ GALERI FOTO ]

