MENU
 

 

NOTIS PEMBERITAHUAN PERMULAAN KERJA-KERJA PENILAIAN SEMULA

PEMBERITAHUAN RASMI

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pemeriksaan dan penilaian semula semua pegangan di bawah Seksyen 137, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) akan dilaksanakan di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Tempoh pelaksanaan:
1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2027

Sehubungan itu, kerjasama sepenuhnya daripada pemilik harta adalah amat dihargai bagi melancarkan urusan pemeriksaan yang akan dijalankan oleh pegawai yang diberi kuasa.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.