MENU
 

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah meneruskan lagi Penjurian Sesi 2 bagi Pertandingan Rekabentuk Menaiktaraf  Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu pada 3 November 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat  Aras 30, Menara MBKT.

Tujuan utama adalah untuk menilai  secara terperinci lima (5) peserta terbaik melalui sesi pembentangan bersemuka.

Penjurian diketuai oleh YBhg. Dato' Jusman bin Ibrahim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ( MBKT) bersama enam (6) orang juri profesional dan dua (2) orang juri awam yang terdiri daripada pakar dalam bidang seni bina, kejuruteraan dan rekabentuk dalaman.

PENJURIAN SESI 2 PERTANDINGAN REKABENTUK MENAIKTARAF PASAR BORONG GONG PAUH, KUALA TERENGGANU

[ GALERI FOTO ]