Majlis Daerah Lundu, Sarawak telah mengadakan lawatan ke Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada 16 Oktober 2025 bertempat di Bilik Lawatan, aras 6, Menara MBKT.
Ketua WHIP MBKT, YBhg. Tuan Hj. Wan Mokhtar @ W. Moxtor bin Wan Kadir telah meraikan YBhg. Tuan Hj. Awang Yusup bin Awang Mustapha, Pengerusi Majlis, Majlis Daerah Lundu serta delegasi dengan menyampaikan ucapan alu-aluan.
Delegasi kemudiannya ditaklimatkan oleh Puan Noor Khairin Nadya Binti Khalid, Pengarah Perancang Bandar MBKT dan Sr. Puan Zanila binti Ibrahim, Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta MBKT.
Turut hadir dalam Majlis tersebut adalah Ahli- Ahli Majlis MBKT.

[ GALERI FOTO ]

