MENU
 

Satu lawatan rasmi ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Ikan telah diadakan melibatkan wakil daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Delegasi JPSPN diketuai oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Gs. Dr. Mohd Azhar bin Abd Hamid, Ketua Pengarah, bersama Ir. Muhammad Yazid bin Omar, Pengarah (OF).

Manakala pihak MBKT diwakili oleh YBhg. Tuan Haji Lizan bin Che Mat, Datuk Bandar MBKT, bersama Mohd Sabri bin Abas, Setiausaha MBKT serta barisan pengarah-pengarah MBKT.

Lawatan ini bertujuan meninjau operasi semasa tapak pelupusan serta membincangkan isu-isu berbangkit berkaitan pengurusan sisa pepejal, di samping mengenal pasti langkah-langkah penambahbaikan bagi memastikan pengoperasian tapak berjalan dengan lebih cekap, sistematik dan lestari.

Pada sesi petang, perbincangan turut disertai oleh YB Dato’ Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah. Fokus utama perbincangan adalah ke arah memperkukuhkan kerjasama antara agensi serta merangka pendekatan yang lebih berkesan dalam memastikan tapak pelupusan sisa pepejal ini berfungsi dengan optimum demi kesejahteraan rakyat.

MBKT komited untuk terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam memastikan pengurusan sisa pepejal yang mampan, selari dengan aspirasi bandar raya bersih, hijau dan sejahtera.

LAWATAN RASMI KE TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL SANITARI SUNGAI IKAN

[ GALERI FOTO ]