Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Pintar Negeri Terengganu Bil. 1/2025 anjuran Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu (PLANMalaysia Terengganu) telah berjaya diadakan pagi ini di Bilik Mesyuarat Dewan Alamanda,Tingkat 29, Menara MBKT.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu.
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) diwakili oleh Tuan Setiausaha, Encik Nik Mohd Syahrom bin Nik Md Hashim bersama Pengarah Perancangan Bandar, Puan Noor Khairin Nadya binti Khalid telah membentangkan status pelaksanaan semasa program Bandar Pintar di MBKT ke arah mencapai penarafan Developing Smart City.
Selepas mesyuarat, YB Dato’ Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah turut dibawa melawat MBKT Command Center, sebagai pendedahan kepada inisiatif serta penggunaan teknologi pintar dalam pengurusan lalulintas dan bandar yang lebih mampan.

[ GALERI FOTO ]

