MENU
 

Terima kasih yang tidak terhingga kepada hero-hero kebersihan yang tidak kenal penat lelah bagi memastikan keselesaan penduduk di bandar raya ini. Mereka bekerja tidak mengenal waktu siang dan malam, tidak lupa juga kepada ahli keluarga petugas yang turut berkorban. Bagi menghargai penat lelah mereka, pihak Kerajaan Negeri Terengganu telah menganjurkan Majlis Apresiasi dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada petugas kebersihan bersama ahli keluarga mereka. 

Majlis yang berlangsung pada 3 Mei 2023 bertempat di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu telah dihadiri, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak. Turut hadir sama pada majlis ini YB Timbalan Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar dan YBhg. Datuk Bandar MBKT.

Pada majlis ini turut disampaikan insentif sebanyak RM300.00 seorang kepada 196 petugas kebersihan MBKT atas kecemerlangan mereka menyampaikan khidmat kepada rakyat tanpa mengira batasan masa. 

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada wira-wira yang sentiasa berkorban untuk keselesaan semua.

MAJLIS APRESIASI DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA PETUGAS KEBERSIHAN MBKT

[ GALERI FOTO ]