MENU

Bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman telah berlangsung Sesi Libat Urus Proses Kelulusan Pelan Pemajuan di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada 16 Ogos 2022. Penyempurnaan program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu. Turut hadir sama pada program ini Yang Berhormat Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Yang Berbahagia Datuk Bandar MBKT dan Tuan Setiausaha MBKT.

Program ini bertujuan bagi mendapatkan pandangan, maklumbalas dan cadangan daripada pemain-pemain industri ini seterusnya merangka inisiatif untuk perkembangan dan kemajuan pembangunan di kawasan pentadbiran MBKT khususnya dan negeri Terengganu amnya.

SESI LIBAT URUS PROSES KELULUSAN PELAN PEMAJUAN DI MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

[ GALERI FOTO ]