MENU

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) , Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Pejabat Daerah Kuala Nerus dan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu telah mengadakan Program Restorasi Karang dan Jom Bersih Pantai 2021 di Pulau Redang, Terengganu.

Turut menjayakan program ini adalah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Persatuan Pengusaha-Pengusaha Resort Kepulauan Redang Terengganu, Kelab Sukan Selam Skuba Hanelang dan Komuniti Pulau Redang.

Program yang diadakan selama tiga hari bermula 7 hingga 9 November 2021 yang lepas melibatkan seramai 38 orang yang terdiri daripada pegawai, jemputan dan penyelam. 30 orang daripada Komuniti Pulau Redang turut menyertai program Jom Bersih Pantai 2021.

Program ini merupakan Program Local Agenda 21 (LA 21) di bawah kluster 2: Kebersihan, Alam Sekitar dan Kesihatan untuk menjadikan Program Restorasi Karang dan Jom Bersih Pantai 2021 ini sebagai satu program yang dapat mengeratkan kerjasama antara semua pihak bersama komuniti setempat untuk sama-sama menjana semula kawasan terumbu karang yang telah mengalami kerosakan kepada keadaan yang hampir semulajadinya dan menjaga kebersihan pantai.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif, Setiausaha MBKT mewakili Datuk Bandar MBKT.

Diharap dengan kejayaan pelaksanaan program ini akan membuka mata ramai pihak bagi sama-sama memuliharakan keindahan Pulau Redang dan akan terus menjadi tarikan di mata dunia.

#MBKT
#KualaTerengganu
#PatuhiSOP
#KitaJagaKita

PROGRAM RESTORASI KARANG DAN JOM BERSIH PANTAI 2021

[ Galeri Foto ]