MENU
 

Pada 18 November 2017 iaitu hari Sabtu minggu ketiga bulan November, telah berlangsungnya program Car Free Morning di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu. Program tersebut juga membantu dan menyokong memeriahkan Program Penanaman Pokok Sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia yang juga berlangsung pada hari yang sama.

Car Free Morning adalah salah satu program yang menyokong usaha-usaha agenda rendah karbon, meningkatkan kesedaran awam terhadap kelestarian alam, memupuk warga kota ke arah gaya hidup sihat, serta meningkatkan penghunian dalam bandar.

Orang Ramai adalah digalakkan untuk turut menyertai program tersebut

[ Galeri Foto ]