MENU
 

Majlis Penyerahan Stadium Negeri Kuala Terengganu kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) untuk dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bergejala Rendah telah diadakan pada 24 Ogos 2021 bertempat di Stadium Negeri Kuala Terengganu.

Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar kepada Pengarah JKNT. Turut hadir pada majlis tersebut Datuk Bandar MBKT dan agensi-agensi terlibat bagi menjayakan penubuhan PKRC ini. 

PKRC ini menempatkan pesakit lelaki positif Covid-19 dan merupakan langkah proaktif sebagai salah satu persedian susulan peningkatan kes yang mendadak di Terengganu dan sebagai persediaan jika PKRC dipusat pengajian ditutup.

#MBKT
#KualaTerengganu
#PatuhiPKPB
#KitaJagaKita

[ Galeri Foto ]