MENU

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada MBKT atas penganugerahan Anugerah Pengurusan Aduan Cemerlang Negeri Tahun 2020 bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh YBM. Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu kepada YBrs.Tuan Haji Rozali bin Salleh, Datuk Bandar MBKT pada Majlis Perhimpunan Bulanan warga kerja Wisma Darul Iman pagi tadi bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman. 

Semoga dengan pengiktirafan ini ia akan menjadi pemangkin semangat bagi meningkatkan lagi sistem penyampaian yang lebih berkesan dan pengurusan aduan akan lebih cemerlang pada masa akan datang.
 

ANUGERAH PENGURUSAN ADUAN CEMERLANG NEGERI TAHUN 2020

[ Galeri Foto ]