MENU
 

Sukacita dimaklumkan bahawa, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sedang menjalankan kajian bagi menyediakan Pelan Tindakan Bandar Pintar Kuala Terengganu 2030. Melalui pelan tindakan ini, ianya akan menjadi rujukan dan panduan kepada pihak MBKT, jabatan/agensi awam dan swasta serta pihak berkepentingan (Stakeholders) dalam merancang dan melaksanakan pembangunan bandar pintar yang bersistematik dan memfokuskan kepada kepentingan rakyat.
Kajian ini akan meliputi keseluruhan kawasan dalam pentadbiran MBKT iaitu Daerah Kuala Terengganu dan Daerah Kuala Nerus.

Sehubungan itu, soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan awam serta maklumbalas awal dalam memastikan perancangan dan hala tuju penyediaan Pelan Tindakan Bandar Pintar Kuala Terengganu 2030 yang inklusif.

Dipohon kepada semua untuk menjawab borang kaji selidik ini melalui link pautan ataupun imbasan kod QR yang telah disediakan . Semua maklumat adalah sulit dan akan digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja.

PERANCANG