MENU
 

MBKT amat berbesar hati menerima lawatan kerja daripada Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu pada 21 Ogos 2022 bertempat di ibu pejabat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Menara PMINT. Turut hadir sama pada lawatan kerja ini Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato' Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Setiausaha Bahagian (Kerajaan Tempatan),Tuan Haji Yusaini Amir bin Mohamad Nor dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan(Korporat),Encik Muhd Aimin bin Mohd Tahir. 

Pada lawatan tersebut turut diselitkan gimik Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat MBKT dengan melekatkan jalur gemilang pada kenderan milik MBKT. Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja diberi penghormatan untuk melekatkan bendera pada kenderaan milik MBKT dalam acara tersebut.

LAWATAN KERJA SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU KE MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU PADA 21 OGOS 2022

[ GALERI FOTO ]