MENU
 

10 Ogos - Kunjungan hormat Datuk Bandar MBKT ke MBPJ disambut dengan meriah oleh Datuk Bandar MBPJ dan pegawai-pegawai MBPJ. Sambutan yang meriah ini telah diadakan di bangunan PJ Smart Centre. Deligasi MBKT turut dibawa melawat ke Art Lane @ PJ State, Sistercity Square & PJ Eco Recycling Plaza.

Kunjung hormat ini juga bertujuan sebagai tanda persetujuan hasrat Bandar Raya Kuala Terengganu dan Bandar Raya Petaling Jaya melaksanakan Program Bandar Persahabatan (Friendship City).

Semoga apa yang akan dirangka memberi manfaat kepada kedua-dua bandar raya untuk sama-sama mewujudkan bandar raya yang sentiasa berdaya maju, berdaya tahan dan mampan.

[ Galeri Foto ]