MENU
 

Program ilmu dan motivasi Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)  diteruskan lagi pada 22 Julai 2026 dengan tajuk Pemerkasaan Diri Melalui Ilmu Suluhan Wahyu bertempat di Surau Al-Idrus, aras 16 Menara MBKT.

Penyampai ilmu yang dijemput pada kali ini ialah Prof. Madya Dr.Wan Mat bin Sulaiman, Ketua Eksekutif Kolej Darul Quran Terengganu.

Seramai 200 orang warga kerja terlibat dalam majlis ilmu tersebut. Turut hadir adalah YBhg. Tuan Hj. Wan Mokhtar @ Moxtor bin Wan Kadir, Ketua WHIP Ahli Majlis, Ahli-Ahli Majlis MBKT serta pegawai-pegawai MBKT.

Antara intipati ceramah adalah mengenai kepentingan melengkapkan diri dengan ilmu dunia dan akhirat kerana kejahilan merupakan kegelapan manakala ilmu itu adalah Nur,yakni cahaya yang menyuluh kegelapan.

Jika di tempat kerja, kita akan dihantar berkursus untuk menambah ilmu bagi meningkatkan prestasi kerja kita. Lagi tinggi ilmu, maka kita akan bertambah yakin untuk betibadah.

Dalam konteks kehidupan, kita juga disarankan untuk hidup bermasyarakat dan menjadi khalifah Allah yang mengikut suruhan wahyu-Nya.

PEMERKASAAN DIRI MELALUI ILMU SULUHAN WAHYU

[ GALERI FOTO ]