MENU
 

Program gotong-royong secara bersepadu telah dijalankan pada 30 dan 31 Julai 2022 di kawasan drawbridge (Muara Utara) oleh  MBKT, Terengganu Inc., Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Pejabat Daerah Kuala Nerus, BOMBA, UMT, UniSZA, JPKK dan semua yang terlibat secara langsung.

YBhg. Datuk Bandar, Ahli-ahli Majlis dan Pegawai-pegawai MBKT turut sama membantu dalam program gotong-royong ini.

Sebelum itu, kerja-kerja pembersihan ini telah dijalankan terlebih dahulu secara dalaman oleh MBKT Cawangan Kuala Nerus pada setiap hari Ahad hingga Khamis kerana kawasan tersebut dijangka mengambil masa 1 minggu untuk disiapkan. 

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini.GOTONG ROYONG BERSEPADU

[ Galeri Foto ]