MENU
 

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti menyedihkan. Pada 28 Februari 2019 telah diadakan majlis perpisahan Tuan Haji Wan Mohd Zaki Bin Wan Abdullah, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di Kelab Eksklusif, Batu Burok yang turut dihadiri Datuk Bandar MBKT. Pada hari yang sama juga turut diadakan majlis penyerahan tugas kepada pegawai  yang akan menggantikan jawatan beliau. Tuan Setiausaha telah berkhidmat di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu selama satu tahun dua bulan bermula pada 1 Januari 2018 sehingga 28 Februari 2019. Tuan Setiausaha akan bertukar ke Majlis Perbandaran Kemaman sebagai Yang DiPertua bermula pada 1 Mac 2019. Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang berada di dalam Majlis Bandaraya Kuala Terengganu akan sentiasa dikenang.

 

[ Galeri Foto ]