MENU
 

Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 Datuk Bandar bersama pegawai dan kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah diadakan pada 23 Januari 2022 bertempat di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam.

Acara yang berlangsung adalah bacaan Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972, Ikrar Bebas Rasuah, pemakaian pangkat kepada 44 orang anggota penguatkuasaan, penyampaian Anugerah Tokoh Sukan dan Anugerah Tokoh Frontliner, penyampaian sijil kepada kakitangan yang bersara pada tahun 2021, penyerahan mock cheque kepada waris gemulah Encik Mohd Radzi bin Mohd Shah.

Turut diselitkan juga beberapa majlis pelancaran yang dibuat serentak antaranya:
i - Pelancaran Imej Kenderaan Penguatkuasaan
ii - Pelancaran Sistem Pembayaran Secara Atas Talian bagi Perkhidmatan Kutipan Sampah Rumah ke Rumah
iii - Pelancaran Inovasi Lulus 60 Minit. Permohonan daripada Permohonan Kerja-Kerja Kecil (PKK)
iv - Pelancaran Jihad Ekonomi

Semoga MBKT terus unggul dan menjadi antara PBT yang terbaik khususnya di Terengganu dan Malaysia amnya.

#MBKT
#KualaTerengganu
#PatuhiSOP
#KitaJagaKita

MAJLIS AMANAT TAHUN 2022 DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

[ Galeri Foto ]