MENU
 

Tahniah kepada pasukan Sepak Takraw Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) apabila berjaya dinobatkan sebagai Johan dalam kedua-dua acara yang dipertandingkan (Veteran & Terbuka) di peringkat MAKSAK Negeri Terengganu. 

Pasukan MBKT telah menurunkan regu emas diwakili kakitangan daripada Jabatan Korporat, Kemasyarakatan dan Kualiti, Jabatan Landskap, Jabatan Bangunan & Elektrikal dan Bahagian Penguatkuasaan.

Kejohanan telah berlangsung pada 20/5/2022 bertempat di gelanggang JKR Cendering. Pihak MBKT mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan jabatan luar yang bersama-sama pasukan MBKT.

Terima Kasih juga kepada Y.Bhg Datuk Bandar, Tuan Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan Khidmat Pengurusan, Pengarah,Ketua Bahagian dan Ketua Unit yang sentiasa memberi sokongan dan doa untuk kejayaan pasukan MBKT.

[ Galeri Foto ]